Program Pelancaran Nilam Peringkat Sekolah

nilam1

Pada Isnin, 4 Februari 2013 yang lalu, Program Perlancaran Nilam Peringkat Sekolah telah diadakan di Dataran Perhimpunan Sekolah. Majlis dihadiri semua murid dan guru SMK RMM.

Majlis pelancaran ini dimulai dengan ucapan aluan Pengerusi Majlis iaitu Pn. Asmahwati  bt. Rosli. Beliau telah menerangkan Program Nilam ini dari segi matlamat, objektif dan pelaksanaannya.

Seorang wakil pelajar iaitu saudari Nor Jalilah bt. Mohd Kassim dari Tingkatan 4 Sains juga telah menyampaikan sebuah review buku yang dibaca dan dipinjam dari Pusat Sumber Sekolah.

537987_3761258850636_1908720642_n1

Majlis diteruskan dengan ucapan Tuan Syed Mahizan bin Syed Hashim, PPT. Pengetua SMK RMM. Tuan Pengetua juga telah menyampaikan amanat yang sangat berguna dan perlu dimanfaatkan oleh setiap murid tentang kepentingan aktiviti membaca.

Ucapan perasmian telah disempurnakan oleh En. Shuhaimi bin Zuber, Pegawai Teknologi Pendidikan dari Pusat Kegiatan Guru, Talang. Majlis Perasmian Program Nilam pada tahun ini agak istimewa apabila En. Shuhaimi memecahkan bongkah ais sebagai simbolik upacara perasmian.

ais pss

488143_3761263690757_1945246974_n1

Dengan berlangsungnya Program Pelancaran Nilam Peringkat Sekolah ini, diharap murid-murid dapat memahami dengan lebih jelas tentang program ini dan bagaimana untuk mereka mencapai Tahap Jauhari NILAM. Admin juga berharap agar lebih ramai murid SMK RMM menanam minat sukakan membaca dan boleh terus meminjam banyak buku dari Pusat Sumber Sekolah untuk memantapkan pegetahuan dan menambah ilmu mereka.